Lembu Baka Brahman, Ciri-Ciri Dan Harganya

 

Lembu Baka Brahman

Soalan : Apa itu lembu baka brahman?

Jawapan :

Baka Brahman dikenali juga sebagai Brahma

Baka ini berasal dari negara India yang merupakan lembu suci bagi suku sakat India.

Baka ini juga tahan pada serangga,nyamuk, parasit, penyakit dan juga mesra dengan pelbagai cuaca.

Brahman juga dapat menyesuaiankan diri secara yang luar biasa untuk kelangsungan hidup bagi bertahan di negara india. Maka tiada masalah jika di bela di Malaysia.



Soalan : Apakah ciri-ciri baka brahman ini secara detail ?

Jawapan :

I. Majoriti kebanyakan baka ini mempunyai bonggol besar di bahagian atas belakang iaitu antara leher dengan bahagianbelakang.

II. Kebanyakan baka ini bervariasi dari kelabu muda atau merah maroon hingga hampir kehitaman.

III. Baka yang umurnya hampir mtang biasanya lebih gelap daripada lembu muda yang lain dan boleh dilihat pada kawasan gelap di leher, bahu dan paha bawah.

IV. Mereka memiliki bulu yang pendek, tebal, berkilat/berminyak yang mencerminkan banyak sinar matahari dan kulit berpigmen hitam, sehingga dapat merumput di bawah sinaran matahari tanpa menghadapi sebarang masalah.

V. Tanduk mereka melengkung ke atas dan kadang-kadang condong sikit ke belakang dan mereka mempunyai telinga yang capang menghala ke kanan dan kiri.

VI. Lembu ini juga mempunyai banyak kulit yang longgar yang supaya dapat menyumbang kepada kemampuannya untuk menahan cuaca panas terik dengan meningkatkan luas permukaan badan yang terdedah kepada suhu sejuk.

VII. Mempunyai peningkatan jumlah kelenjar peluh dan kemampuan untuk berpeluh secara bebas.

VIII.    Baka ini juga,dapat menghasilkan rembesan minyak dari kelenjar yang berbau, yang mempunyai bau khas supaya dapat membantu menjauhkan serangga dari tubuhnya.

IX. Brahman adalah baka yang berukuran pertengahan diantara baka daging lembu yang terbesar didunia. 

X. Mempunyai pertumbuhan yang cepat pada otot dan dagingnya, sangat sesuai dibela sebagai lembu pedaging

XI. Mempunyai otot besar dan padat dan nafsu seksualiti yang tinggi.

XII. Secara umumnya, baka ini mempunyai beratnya dari 750kg sehingga 1000kg ketika dewasa bagi pejantan. Manakala anaknya ketika lahir,mempunyai berat bermula dari 20kg sehingga 30 kilogram.

XIII. Baka ini mempunyai perangai yang bijak,

sifat ingin tahu dan dia juga pemalu. Antara kelebihan yang disukai oleh penternak baka ini semestinya tahan lasak dan mudah disesuaikan dengan pelbagai makanan serta pelbagai iklim. 

XIV. Mereka juga mepunyai naluri kasih sayang dan mudah manja,yang menjadikan sangat patuh pada tuannya. Mereka dengan cepat bertindak balas terhadap pengendalian yang mereka terima, baik atau buruk.

XV. Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini juga mestilah merujuk kepada kaedah pengendalian yang baik dan juga tempat bersih serta tiada tekanan yang berlaku.


Lembu Baka Brahmann

Soalan : Berapakah harga seekor lembu bagi baka Brahman ini ?

Jawapan :

 harga lembu mengikut harga pasaran bergantung pada dedak dan rumput (Rumput mesin) serta kos2 yang lain, berbeza bagi setiap penjual. Kita sebagai pembeli ada hak untuk berbicang.

Disini selalunya jika ditimbang hidup sekilo jatuh pada harga RM14. Maka kalilah dengan berat lembu itu. Berat 700kg x rm14 = RM 9800 seekor, kalaw beratnya 1 tan bersamaan dengan RM 14000. Boleh buat kenduri 3 kampung atau pengantin 5 pasang dalam 1 kenduri sahaja. Adakah ia berbaloi sila komen di bawah.


Soalan : adakah baka ini sesuai di bela di malaysia ?

Jawapan : 

iya, semestinya, Ianya sudah bertahun lamanya diternak di MALAYSIA

Info Moden

laman ini membahaskankan tentang keperluan maklumat semasa yang melibatkan dengan kehidupan kita seharian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama